Skip to main content

Aplikasi Nucleus® Smart: Penjejak Pendengaran


Pemproses Bunyi Nucleus 7 dan Kanso 2 memantau persekitaran pendengaran secara berterusan dan mampu menentukan sama ada pertuturan wujud dalam persekitaran. Carta pada skrin 'Masa Pertuturan' menjejak masa yang diluangkan dalam persekitaran percakapan. Jika anda menggunakan aksesori penstriman (contohnya Cochlear™ Wireless TV Streamer), masa tersebut juga akan dikira dan ditambahkan kepada jumlah 'Masa Pertuturan'.

Masa yang diluangkan dalam persekitaran pendengaran berhubung kait dengan kemajuan perjalanan pendengaran anda. Matlamat 'Masa Pertuturan' berbeza bagi setiap pengguna dan bergantung pada umur, keadaan keluarga dan pekerjaan serta peringkat perjalanan anda. Cara yang sesuai untuk bermula adalah dengan menjejak 'Masa Pertuturan' anda selama lebih kurang seminggu, kemudian tetapkan matlamat yang lebih tinggi untuk memantau kemajuan anda.

Petua yang terdapat dalam Aplikasi Nucleus Smart dapat membantu anda meningkatkan 'Masa Pertuturan' anda.


Apabila Gegelung Pemproses Bunyi Nucleus 7 atau Pemproses Bunyi Kanso 2 terputus sambungan daripada implan anda, keadaan ini dipanggil sebagai 'Gegelung Tertanggal'. 'Gegelung Tertanggal' merujuk kepada kekerapan pemproses bunyi anda terputus sambungan dalam sehari, sama ada dengan sengaja (contohnya semasa menyalin pakaian atau sewaktu mandi) dan kekerapan gegelung atau pemproses bunyi terputus sambungan dengan tidak sengaja (iaitu terjatuh). 'Gegelung Tertanggal' akan turut direkodkan jika terdapat masalah dengan kabel gegelung Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda.

Bilangan 'Gegelung Tertanggal' berbeza bagi setiap pengguna kerana bilangan ini bergantung pada gaya hidup anda. Anda disyorkan untuk menentukan garis dasar untuk diri anda. Anda boleh menggunakan purata bilangan 'Gegelung Tertanggal' setiap minggu untuk memahami tabiat normal diri anda atau anak anda. Selain itu, anda boleh mencatit bilangan 'Gegelung Tertanggal' pada hari yang anda pasti bilangan 'Gegelung Tertanggal' yang tidak sengaja hanya sedikit atau tidak berlaku langsung. Anda boleh menggunakan garis dasar ini untuk menentukan sama ada bilangan 'Gegelung Tertanggal' yang dipaparkan lebih tinggi daripada biasa.

Petua dalam Aplikasi Nucleus Smart dapat membantu anda memberikan cadangan untuk mengurangkan bilangan 'Gegelung Tertanggal' yang berlaku.

Nota: Ciri 'Gegelung Tertanggal' pada Penjejak Pendengaran dalam Aplikasi Nucleus Smart tidak tersedia untuk penerima implan Nucleus 22.


Sambungan antara Pemproses Bunyi Nucleus 7 atau Kanso 2 anda dengan peranti Apple atau Android™ anda yang serasi mungkin telah terputus, jadi data yang dikumpulkan sepanjang tempoh ini tidak mencukupi.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku pada masa hadapan, pastikan peranti Apple atau Android anda yang serasi serta pemproses bunyi dihidupkan, Bluetooth® didayakan dan peranti Apple atau Android anda yang serasi terletak berdekatan (sekurang-kurangnya sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam).

Sila ambil perhatian bahawa untuk mengumpulkan data, Aplikasi Nucleus Smart mestilah dijalankan walaupun tidak semestinya aktif di latar hadapan telefon.


Tidak. Anda hanya perlu memastikan bahawa kedua-dua peranti Apple atau Android yang serasi dan Pemproses Bunyi Nucleus 7 atau Kanso 2 dihidupkan, terletak berdekatan secara berkala (sekurang-kurangnya sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam), Bluetooth didayakan serta Aplikasi Nucleus Smart berjalan pada peranti Apple atau Android anda yang serasi.


Tidak. Privasi anda penting kepada kami. Pemproses Bunyi Nucleus 7 dan Kanso 2 memantau persekitaran dan mengesan pertuturan tetapi tidak merakam audio.


Apabila anda menjadikan pemproses bunyi anda berpasangan dengan Aplikasi Nucleus Smart, anda akan ditanya sama ada anda ingin mendayakan Penyegerakan Data. Mendayakan ciri Penyegerakan Data bermakna Penjejak Pendengaran anda akan disegerakkan dengan Awan Cochlear. Jika Penyegerakan Data tidak didayakan, data Penjejak Pendengaran akan hanya disimpan pada peranti anda dan tidak akan disegerakkan.


Penyegerakan Data ialah ciri Aplikasi Nucleus Smart yang membolehkan data daripada pemproses bunyi anda disegerakkan dengan Awan Cochlear.

Jika Penyegerakan Data didayakan, data Penjejak Pendengaran anda akan disandarkan dan digabungkan daripada semua peranti yang menangkap data anda. Hal ini bermakna jika telefon anda hilang, data anda tidak akan hilang jika anda log masuk daripada peranti lain.


ForwardFocus ialah ciri kawalan yang boleh anda aktifkan sendiri untuk membolehkan anda mendengar dengan lebih jelas dalam persekitaran pendengaran yang mencabar. ForwardFocus boleh dihidupkan atau dimatikan dalam tab 'Program' Aplikasi Nucleus Smart.

Apabila dihidupkan, ForwardFocus akan mengurangkan bunyi bising di belakang anda supaya anda boleh mendengar suara orang yang bercakap di hadapan anda dengan lebih jelas. Hidupkan ciri ini dalam persekitaran tertentu yang memerlukan anda memberikan fokus pada orang yang bercakap di hadapan anda dan matikannya jika tidak diperlukan, contohnya dalam suasana yang senyap.

ForwardFocus perlu didayakan oleh pakar pendengaran profesional anda. Hubungi Cochlear atau pakar kesihatan pendengaran profesional anda untuk mengetahui lebih lanjut.