Skip to main content

Ketahui lebih lanjut tentang Akaun Cochlear™ anda


Akaun Cochlear anda ialah akaun peribadi yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Cochlear. Akaun ini membolehkan anda mendaftar masuk ke perkhidmatan dalam talian Cochlear menggunakan alamat e-mel dan kata laluan. Anda memerlukan Akaun Cochlear untuk mengakses perkhidmatan Cochlear seperti Aplikasi Nucleus® Smart Cochlear.

Dengan Akaun Cochlear, anda boleh mendapatkan sumber, perkhidmatan dan sokongan daripada Cochlear untuk menghubungkan dan menguasakan anda sepanjang perjalanan pendengaran anda menggunakan Pemproses Bunyi Nucleus 7 dan/atau Kanso 2® anda. Cochlear akan dapat memaklumi anda tentang kemas kini berkenaan iOS atau Android™ dan Aplikasi Nucleus Smart.


Di kebanyakan negara, jika umur anda melebihi umur yang dinyatakan, anda boleh membuat Akaun Cochlear sendiri. Jika anda di bawah umur yang dinyatakan, ibu bapa atau penjaga perlu membuat Akaun Cochlear anda dan memberikan persetujuan. Had umur ini bergantung pada negara tempat tinggal anda. Sila hubungi pejabat Cochlear setempat anda jika anda mempunyai pertanyaan khusus tentang topik ini. Untuk mendapatkan maklumat hubungan, lawati cochlear.com/intl/contact/global-offices.


Tidak, anda tidak boleh membuat Akaun Cochlear untuk orang yang melebihi had umur yang dinyatakan.


Jika anak anda di bawah had umur yang dinyatakan dan telah membuat Akaun Cochlear, hubungi pejabat Cochlear setempat anda untuk mendapatkan nasihat dan bantuan kerana persetujuan ibu bapa diperlukan bagi anak anda memiliki akaun. Untuk mendapatkan maklumat hubungan, lawati cochlear.com/intl/contact/global-offices.


Tidak, kerana akaun tersebut memberikan akses kepada maklumat peribadi anda. Sila pastikan butiran log masuk anda kekal rahsia.


Jika anda pernah membeli produk Cochlear melalui kedai dalam talian atau menggunakan perkhidmatan dalam talian Cochlear sebelum ini, anda sudah mempunyai Akaun Cochlear. Anda boleh menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang sama untuk log masuk ke Aplikasi Nucleus Smart. Jika anda mahu memeriksa sama ada anda mempunyai Akaun Cochlear, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan Cochlear setempat untuk mendapatkan bantuan.


Jika anda belum memiliki Akaun Cochlear (anda belum pernah mengakses perkhidmatan dalam talian Cochlear yang lain menggunakan alamat e-mel dan kata laluan), anda boleh membuat akaun dengan memilih ‘Buat akaun baru’ pada Aplikasi Nucleus Smart.

Anda perlu:

  1. Memberikan nama dan alamat e-mel anda
  2. Membuat kata laluan unik untuk Akaun Cochlear anda.

Selepas menyerahkan butiran anda, anda akan menerima e-mel dengan pautan untuk mengaktifkan Akaun Cochlear anda. Jika anda tidak menerima e-mel tersebut, semak folder Spam atau Remeh. Sebaik sahaja anda klik pada pautan pengaktifan, Aplikasi Nucleus Smart akan dibuka secara automatik dan anda boleh log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan anda.


Jika anda mahu anak anda menggunakan Aplikasi Nucleus Smart secara bebas pada perantinya sendiri untuk mengawal Pemproses Bunyi Nucleus 7 atau Kanso 2 miliknya, anda boleh membuat Akaun Cochlear untuknya. Apabila anda menyediakan akaun itu, ini bermakna anda akan memberikan persetujuan bagi anak anda mengakses sepenuhnya semua ciri aplikasi.


Untuk membuat akaun bagi seorang anak, anda memerlukan:

  • Telefon pintar serasi* (untuk anak anda) yang dipasangkan dengan Aplikasi Nucleus Smart
  • Alamat e-mel bagi anak anda (di samping alamat e-mel anda sendiri)
  • Peranti Apple atau Android™ milik anda sendiri yang serasi
  • Akaun Cochlear anda sendiri

*Pemproses Bunyi Nucleus 7 dan Kanso 2 serasi dengan peranti Apple dan Android. Untuk maklumat keserasian, lawati www.cochlear.com/compatibility.


Kira-kira 15 minit diperlukan untuk menyiapkan proses membuat Akaun Cochlear bagi anak anda.


Sebelum anda boleh membuat Akaun Cochlear untuk anak anda, anda perlu membuat Akaun Cochlear untuk diri anda sendiri.

Membuat Akaun Cochlear anda (Dewasa)

  1. Jika anda belum memiliki Akaun Cochlear (anda belum pernah mengakses perkhidmatan dalam talian Cochlear yang lain menggunakan alamat e-mel dan kata laluan), anda boleh membuat akaun dengan memilih ‘Buat akaun baru’ pada Aplikasi Nucleus Smart.
  2. Anda perlu memberikan nama dan alamat e-mel anda. Anda juga perlu membuat kata laluan yang unik untuk Akaun Cochlear anda.
  3. Selepas menyerahkan butiran anda, anda akan menerima e-mel dengan pautan untuk mengaktifkan Akaun Cochlear anda. Jika anda tidak menerima e-mel tersebut, semak folder Spam atau Remeh. Sebaik sahaja anda klik pada pautan pengaktifan, Aplikasi Nucleus Smart akan dibuka secara automatik dan anda boleh log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan anda.
  4. Setelah anda log masuk, ikut arahan pada skrin untuk meneruskan proses berpasangan. Semasa proses ini, anda akan diminta untuk memberikan nama penerima. Pastikan anda memasukkan butiran ini dengan betul. Kemudian, penerima ini akan dihubungkan dengan anda dan maklumatnya boleh dilihat pada bahagian Butiran akaun dalam aplikasi.

Jika anda menghadapi masalah untuk melengkapkan proses ini atau jika butiran yang dipaparkan salah, sila hubungi Khidmat Pelanggan Cochlear sebelum anda membuat Akaun Cochlear untuk anak anda.

Membuat Akaun Cochlear untuk kanak-kanak

Setelah anda log masuk ke Akaun Cochlear anda:

  1. Daripada menu Aplikasi Nucleus Smart, pilih Tetapan.
  2. Dalam Tetapan, pilih Butiran akaun.
  3. Pada bahagian Butiran akaun, butiran anda akan dipaparkan bersama-sama dengan orang di bawah jagaan anda.
  4. Pilih anak tersebut dan masukkan alamat e-melnya (ini akan menjadi nama pengguna bagi Akaun Cochlear-nya). Alamat e-mel ini tidak boleh sama dengan alamat e-mel anda.
  5. Apabila diminta, sahkan persetujuan anda untuk memberi anak anda akses penuh kepada akaun.
  6. E-mel pengaktifan akan dihantar kepada alamat e-mel anak anda.
  7. Anak anda perlu mengakses e-mel pengaktifan dan klik pautan pengaktifan.
  8. Kemudian, anak anda akan diminta membuat kata laluan bagi akaun mereka untuk melengkapkan proses membuat akaun.
  9. Setelah akaun dibuat, akaun ini boleh digunakan untuk log masuk ke aplikasi Nucleus Smart pada peranti serasi yang telah dipasangkan dengan Aplikasi Nucleus Smart.
  10. Setelah Akaun Cochlear anak anda berjaya diaktifkan, anda akan diberitahu melalui e-mel.

Ya, boleh. Lalui proses yang sama seperti yang diterangkan di atas untuk anak yang lain. Sila ambil perhatian bahawa peranti serasi yang berasingan diperlukan bagi setiap anak - dua orang kanak-kanak tidak boleh log masuk pada peranti yang sama pada satu masa.


Privasi anda penting kepada kami. Kami komited untuk melindungi privasi maklumat peribadi anda mengikut undang-undang perlindungan privasi dan data yang berkaitan. Maklumat peribadi anda akan dikendalikan mengikut Dasar Privasi kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.cochlear.com/privacy.


Jika anda terlupa alamat e-mel yang anda gunakan, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan Cochlear setempat.

Jika anda terlupa kata laluan, pilih ‘Terlupa kata laluan anda?’ pada halaman log masuk. Masukkan alamat e-mel anda untuk menerima e-mel dengan arahan tentang cara menetapkan semula kata laluan anda.


Jika anda masih mengalami kesukaran atau mempunyai pertanyaan lain berkenaan Akaun Cochlear anda, sila hubungi pejabat Cochlear setempat untuk mendapatkan nasihat dan bantuan di cochlear.com/intl/contact/global-offices.