Skip to main content

Pemproses Bunyi Cochlear™ Nucleus 7 serasi dengan Aplikasi Nucleus Smart.


Aplikasi Nucleus Smart serasi dengan peranti iPhone 5 (atau lebih baru) dan iPod generasi ke-6 (atau lebih baru) yang menggunakan iOS 10.0 atau lebih baru. Aplikasi tersebut tidak direka bentuk untuk digunakan dengan peranti Apple yang lain.

^Pemproses bunyi Cochlear Nucleus 7 serasi dengan iPhone, iPad dan iPod touch. Untuk mendapatkan maklumat keserasian, lawati www.cochlear.com/compatibility. Aplikasi Cochlear Nucleus Smart tersedia di App Store dan Google Play. Untuk mendapatkan maklumat keserasian, lawati www.cochlear.com/compatibility. Apple, logo Apple, FaceTime, logo Made for iPad, logo Made for iPhone, logo Made for iPod, iPhone, iPad Pro, iPad Air, iPad mini, iPad dan iPod touch ialah tanda dagangan Apple Inc., yang berdaftar di A.S. dan negara lain. App Store ialah tanda perkhidmatan Apple Inc., yang berdaftar di A.S. dan negara lain.


Aplikasi Nucleus Smart boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple App Store. Ketik ikon App Store, cari ‘Nucleus Smart’, kemudian pilih untuk muat turun Aplikasi Nucleus Smart. Harap maklum bahawa Aplikasi Nucleus Smart tidak tersedia di semua negara dan oleh hal yang demikian, mungkin tidak akan dipaparkan dalam carian anda.


Sebaik sahaja anda memuat turun dan memasang Aplikasi Nucleus Smart, ketik ‘Mod Demo’ untuk mempelajari tentang pelbagai fungsi dan ciri aplikasi. Ini membolehkan anda meneroka Aplikasi Nucleus Smart dan membiasakan diri dengan cara aplikasi berfungsi sebelum anda memperoleh Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda.

Untuk mengawal Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda menggunakan Aplikasi Nucleus Smart, log masuk menggunakan butiran Akaun Cochlear anda. Jika anda tidak mempunyai Akaun Cochlear, anda boleh membuat akaun setelah anda memuat turun aplikasi ini dengan mengetik ‘Buat akaun baru’ dan mengikut arahan pada skrin.


Anda boleh menjadikan Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda berpasangan dengan maksimum lima peranti Apple yang serasi dan memasang Aplikasi Nucleus Smart pada semua peranti tersebut. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh menyambungkan satu peranti Apple yang serasi dengan pemproses bunyi anda pada satu-satu masa. 


Dalam Mod Demo, anda boleh menggunakan Aplikasi Nucleus Smart tanpa disambungkan dengan Pemproses Bunyi Nucleus 7 untuk tujuan tunjuk cara atau untuk meneroka aplikasi tersebut. Anda boleh mendayakan/menyahdayakan Mod Demo melalui ‘Tetapan’ dalam Aplikasi Nucleus Smart.


Ya. Jika anda menjadikan peranti Apple yang serasi berpasangan dengan Pemproses Bunyi Nucleus 7 anak anda, anda boleh mengawal dan memantau pemproses. Ini bermaksud anda boleh melihat status bateri, melaraskan kelantangan dan mengubah program tanpa menyentuh pemproses bunyi.

Anda mungkin mahu menyahdayakan penstriman audio ke pemproses anak anda agar panggilan telefon atau muzik tidak distrimkan ke pemproses mereka. Anda boleh berbuat demikian melalui Tetapan> Umum> Kebolehcapaian> Peranti Pendengaran dan matikan ‘Strim ke peranti pendengaran’. Tindakan ini akan menghentikan penstriman ke pemproses bunyi anak anda tetapi masih membenarkan kawalan melalui Aplikasi Nucleus Smart.

Jika anda tidak dapat melaraskan pemproses bunyi anda menggunakan Aplikasi Nucleus Smart, peranti Apple anda yang serasi mungkin tidak berpasangan dengan pemproses anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses berpasangan, tonton animasi tentang cara berpasangan Nucleus 7 kami. Jika anda berjaya melengkapkan proses berpasangan, pastikan peranti anda berada dalam jarak yang disarankan tanpa gangguan lain. Jika masalah berterusan, hubungi Cochlear atau pakar kesihatan pendengaran profesional anda.

 

Di bahagian atas sebelah kanan skrin utama Aplikasi Nucleus Smart, anda akan melihat ikon bateri. Ini menunjukkan paras bateri anda. Ketik ikon bateri untuk melihat skrin ‘Status’ yang menunjukkan butiran terperinci untuk paras bateri pemproses bunyi. Skrin ini turut menggambarkan paras bunyi yang disampaikan ke Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda dan penunjuk status pemproses bunyi. Tanda rait bermaksud Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda berfungsi dengan baik.


Tekan butang Skrin Utama dua kali pada peranti Apple yang serasi untuk melihat semua aplikasi yang dijalankan. Leret ke kiri atau kanan untuk melihat pratonton aplikasi yang dijalankan. Jika Aplikasi Nucleus Smart dijalankan, anda akan menemuinya antara pratonton aplikasi. Ketik pratonton skrin Aplikasi Nucleus Smart untuk kembali ke aplikasi dan menggunakannya. Untuk menerima amaran, mencari pemproses bunyi yang hilang dan menggunakan ciri Penjejak Pendengaran, pastikan aplikasi tersebut sentiasa dijalankan pada peranti Apple anda. Jika anda perlu menutup aplikasi untuk pencarisilapan, pastikan anda membuka semula aplikasi.


Aplikasi Nucleus Smart hanya dapat dihentikan jika anda menutup aplikasi dengan paksa. Anda boleh menutup aplikasi untuk tujuan pencarisilapan sahaja kerana aplikasi perlu dijalankan untuk menggunakan ciri seperti Cari Pemproses Saya dan Penjejak Pendengaran. Untuk menutup aplikasi, tekan butang Skrin Utama dua kali pada peranti Apple yang serasi untuk melihat semua aplikasi yang dijalankan. Leret ke kiri atau kanan untuk melihat pratonton aplikasi yang dijalankan sehingga anda melihat pratonton Aplikasi Nucleus Smart. Sebaik sahaja anda menemui skrin pratonton Aplikasi Nucleus Smart, leret ke atas untuk menutup aplikasi.


Jika anda masih mengalami kesukaran atau mempunyai pertanyaan lain berkenaan Aplikasi Nucleus Smart, sila hubungi pejabat Cochlear setempat anda untuk mendapatkan nasihat dan bantuan di cochlear.com/intl/contact/global-offices.