Skip to main content

Aplikasi Nucleus® Smart: Penjejak Pendengaran


Pemproses Bunyi Nucleus® 7 memantau persekitaran pendengaran secara berterusan dan mampu mengesan pendengaran dalam persekitaran. Carta pada skrin 'Masa Pertuturan' menjejak masa yang diluangkan dalam persekitaran percakapan. Jika anda menggunakan aksesori penstriman (contohnya, Cochlear Wireless TV Streamer), masa tersebut juga akan dikira dan ditambahkan pada jumlah 'Masa Pertuturan'.

Masa yang diluangkan dalam persekitaran pendengaran berhubung kait dengan kemajuan perjalanan pendengaran anda. Matlamat 'Masa Pertuturan' berbeza bagi setiap pengguna dan bergantung pada umur, keadaan keluarga dan pekerjaan serta tahap anda dalam perjalanan anda. Cara yang sesuai untuk bermula adalah dengan menjejak 'Masa Pertuturan' anda selama lebih kurang seminggu, kemudian tetapkan matlamat yang lebih tinggi untuk memantau kemajuan anda.

Petua yang terdapat dalam Aplikasi Nucleus Smart dapat membantu anda meningkatkan 'Masa Pertuturan' anda.


'Gegelung Tertanggal' merupakan bilangan kali gegelung Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda terputus sambungan daripada implan koklea dalam sehari. Bilangan ini merangkumi kekerapan gegelung ditanggalkan dengan sengaja (contohnya, sewaktu menyalin pakaian atau sewaktu mandi) dan kekerapan gegelung diputuskan sambungan dengan tidak sengaja (iaitu, terjatuh). 'Gegelung Tertanggal' akan turut direkodkan jika terdapat masalah dengan kabel gegelung anda.

Bilangan 'Gegelung Tertanggal' berbeza bagi setiap pengguna kerana bilangan ini bergantung pada gaya hidup anda. Anda disyorkan untuk menentukan garis dasar untuk diri anda. Anda boleh menggunakan purata bilangan 'Gegelung Tertanggal' setiap minggu untuk memahami tabiat diri anda atau anak anda. Selain itu, anda boleh mencatit bilangan 'Gegelung Tertanggal' pada hari yang anda pasti bilangan 'Gegelung Tertanggal' yang tidak sengaja hanya sedikit atau tidak berlaku langsung. Anda boleh menggunakan garis dasar ini untuk menentukan sama ada bilangan 'Gegelung Tertanggal' yang dipaparkan lebih tinggi daripada biasa.

Petua dalam Aplikasi Nucleus Smart dapat membantu anda melalui cadangan untuk mengurangkan bilangan 'Gegelung Tertanggal' yang berlaku.


Sambungan antara Pemproses Bunyi Nucleus 7 dengan peranti Android™ yang serasi mungkin telah hilang, jadi data yang dikumpulkan sepanjang tempoh ini tidak mencukupi.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku pada masa hadapan, pastikan peranti Android yang serasi serta pemproses bunyi dihidupkan, Bluetooth® didayakan dan peranti Android anda yang serasi berdekatan (sekurang-kurangnya sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam).

Sila ambil perhatian bahawa untuk mengumpulkan data, aplikasi Nucleus Smart perlu dijalankan tetapi tidak perlu aktif di latar hadapan telefon.


Tidak. Anda hanya perlu memastikan peranti Android yang serasi dan Pemproses Bunyi Nucleus 7 dihidupkan dan berdekatan dengan kerap (sekurang-kurangnya sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam) dan Bluetooth didayakan serta Aplikasi Nucleus Smart dijalankan pada peranti Android yang serasi.


Tidak. Kami mengutamakan privasi anda. Pemproses Bunyi Nucleus 7 memantau persekitaran dan mengesan pertuturan tetapi tidak merakam audio.


Cochlear tidak menyimpan data Penjejak Pendengaran anda. Data tersebut hanya disimpan pada peranti Android anda yang serasi.


ForwardFocus ialah ciri kawalan diaktifkan oleh pengguna yang membolehkan anda mendengar dengan lebih jelas di persekitaran yang mencabar pendengaran. ForwardFocus boleh dihidupkan atau dimatikan dalam tab 'Program' Aplikasi Nucleus Smart.

Apabila dihidupkan, ForwardFocus mengurangkan bunyi bising yang datang dari belakang anda supaya anda boleh mendengar suara orang yang bercakap di depan anda dengan lebih jelas. Hidupkannya di persekitaran tertentu apabila anda ingin memberikan fokus pada orang yang bercakap di depan anda dan matikannya apabila tidak diperlukan, contohnya dalam suasana yang senyap.


ForwardFocus perlu didayakan oleh pakar pendengaran profesional anda. Hubungi Cochlear atau pakar kesihatan pendengaran profesional anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.