Skip to main content

Aplikasi Nucleus® Smart: Soalan Lazim


Pemproses Bunyi Cochlear™ Nucleus 7 serasi dengan Aplikasi Nucleus Smart.


Untuk menggunakan Aplikasi Nucleus Smart bagi Android, peranti anda perlu menggunakan Android 5.0 (Lollipop) atau lebih terkini dan menyokong Bluetooth 4.0 atau lebih terkini.

Aplikasi Nucleus Smart telah disahkan serasi dengan telefon pintar Android di bawah.

Pengeluar Model
Samsung Galaxy S7
Samsung Galaxy S8
Huawei P8lite
Google Pixel
LG G6
Lenovo Moto G5
HTC U11

Jika peranti anda tiada dalam senarai ini tetapi menggunakan Android 5.0 dan Bluetooth 4.0, Aplikasi Nucleus Smart mungkin masih boleh berfungsi tetapi kami tidak dapat menawarkan tahap sokongan yang sama dalam senario pencarisilapan.


Aplikasi Nucleus Smart tidak direka untuk digunakan pada tablet.


Aplikasi Nucleus Smart boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store. Ketik ikon Play Store, cari ‘Nucleus Smart’, kemudian pilih untuk memuat turun Aplikasi Nucleus Smart. Harap maklum bahawa Aplikasi Nucleus Smart tidak tersedia di semua negara dan oleh hal yang demikian, mungkin tidak akan dipaparkan dalam carian anda.


Tidak. Peranti Android tidak mengandungi sokongan terbina dalam bagi peranti pendengaran. Oleh itu, anda memerlukan Aplikasi Nucleus Smart pada peranti Android anda jika anda ingin menggunakan peranti anda untuk mengawal Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda.


Tidak. Anda boleh menggunakan Aplikasi Nucleus Smart untuk mengawal dan memantau Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda pada peranti Apple dan Android yang serasi.

"Made for iPhone" bermakna anda boleh menstrim audio terus kepada pemproses bunyi anda daripada peranti Apple yang serasi. Untuk menstrim audio daripada peranti Android, Cochlear Wireless Phone Clip diperlukan.


Sistem pengendalian Android belum menyokong penstriman audio tenaga rendah Bluetooth® secara langsung. Anda boleh menikmati penstriman panggilan telefon dan muzik tanpa wayar daripada peranti Android anda kepada Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda dengan Cochlear Wireless Phone Clip.


Untuk mengawal Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda menggunakan Aplikasi Nucleus Smart, anda perlu memuat turun Aplikasi Nucleus Smart dan log masuk dengan Akaun Cochlear anda. Jika anda tiada Akaun Cochlear, anda boleh membuat akaun setelah anda memuat turun aplikasi ini dengan mengetik 'Buat akaun baru' dan mengikut arahan pada skrin.


Anda boleh menjadikan Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda berpasangan dengan maksimum lima peranti Android yang serasi dan memasangkan Aplikasi Nucleus Smart pada semua peranti tersebut.

Walau bagaimanapun, anda hanya boleh menyambungkan satu peranti Android yang serasi dengan pemproses bunyi anda pada satu-satu masa.


Ya. Jika anda menjadikan peranti Android yang serasi berpasangan dengan Pemproses Bunyi Nucleus 7 anak anda, anda boleh mengawal dan memantau pemproses. Ini bermaksud anda boleh melihat status bateri, melaraskan volum dan mengubah program tanpa menyentuh pemproses bunyi.


Jika anda tidak dapat melaraskan pemproses bunyi anda menggunakan Aplikasi Nucleus Smart, peranti Android anda yang serasi mungkin tidak berpasangan dengan pemproses anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses berpasangan, tonton animasi tentang cara berpasangan Nucleus 7 Android kami. Jika anda berjaya melengkapkan proses berpasangan, pastikan peranti anda berada dalam jarak yang disarankan tanpa gangguan lain. Jika masalah berterusan, hubungi Cochlear atau pakar kesihatan pendengaran profesional anda.

 

 

Di bahagian atas sebelah kanan skrin utama Aplikasi Nucleus Smart, anda akan melihat ikon bateri. Ini menunjukkan paras bateri anda. Ketik ikon bateri untuk melihat skrin 'Status' yang menunjukkan butiran terperinci untuk paras bateri pemproses bunyi. Skrin ini turut menggambarkan paras bunyi yang disampaikan ke Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda dan penunjuk status pemproses bunyi. Tanda rait bermaksud Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda berfungsi dengan baik.


Jika anda telah melengkapkan proses berpasangan, anda boleh meleret ke bawah untuk memaparkan ruang pemberitahuan dan semak bahawa Aplikasi Nucleus Smart memaparkan status bateri pemproses anda. Jika anda tidak dapat melihat pemberitahuan, ini bermakna aplikasi itu tidak dijalankan. Anda boleh memulakannya dengan mencari ikon Aplikasi Nucleus Smart dalam laci aplikasi (pada skrin utama anda) dan mengetiknya.


Aplikasi Nucleus Smart hanya dapat dihentikan jika anda menutup aplikasi dengan paksa. Anda seharusnya menutup aplikasi untuk tujuan pencarisilapan sahaja kerana aplikasi perlu dijalankan untuk menggunakan ciri seperti "Cari Pemproses Saya" dan "Penjejak Pendengaran". Untuk menutup aplikasi itu, buka Tetapan, pilih Aplikasi, cari Nucleus Smart dalam senarai dan tekan "Henti paksa".


Jika anda menerima Pemproses Bunyi Nucleus 7 anda sebelum Julai 2018, perisian tegar pemproses bunyi anda perlu dikemas kini sebelum boleh digunakan dengan peranti Android. Kemas kini mudah ini boleh dilakukan oleh klinisian anda. Hubungi Cochlear atau pakar kesihatan pendengaran profesional anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Jika anda masih mengalami kesukaran atau mempunyai pertanyaan lain berkenaan Aplikasi Nucleus Smart, sila hubungi pejabat Cochlear setempat anda untuk mendapatkan nasihat dan bantuan di cochlear.com/intl/contact/global-offices.