Hanya Cochlear mampu memupuk minda mereka yang BERPOTENSI MENJADI PERDANA MENTERI

Pupuk potensi anak anda dengan memberi pendengaran A+

Anda mahu yang TERBAIK untuk anak anda

Sebab itu anda memberi pendengaran A+ kepada anak anda.

Anda mahu anak anda berupaya untuk bercakap, ketawa, menyanyi dan menjalani hidup tanpa halangan. Anda mahu mereka mempunyai segala peluang untuk merealisasikan impian mereka.

Di Cochlear, kami percaya sepenuhnya bahawa anak anda berhak untuk mendapatkan yang terbaik. Ini antara sebab lebih 450,000 orang di seluruh dunia memilih sistem implan Cochlear™. Kami mengetahui akan perkara daripada 450,000 pengalaman yang dikongsi.

Inilah sebab kami telah mencapai hasil yang dianggap mustahil pada generasi lalu. Kejayaan ini dicapai dengan berpegang pada satu matlamat: untuk membantu orang yang hilang pendengaran mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya.

Seorang yang berpotensi menjadi ahli sains roket

Kelebihan Cochlear: Pendengaran A+

Pendengaran A+ hanya dapat dicapai apabila anda menggabungkan empat rukun prestasi pendengaran; kini sempurna selepas bertahun lamanya kami menjadi peneraju pasaran global. Produk dan perkhidmatan kami dipertingkatkan secara berterusan melalui perkongsian pengalaman oleh 450,000 penerima implan Cochlear™ yang telah kami rawat sejak penciptaan implan koklea yang pertama di dunia hampir 40 tahun lalu.

Empat rukun prestasi pendengaran

Implan A+: penggerak yang membantu anak anda mendengar

Anda perlu memilih implan sistem implan koklea yang direka untuk memberi anak anda hasil yang terbaik.

Inilah yang diusahakan dengan setiap implan kami.

Implan kami direka untuk pengalaman A+ dari segala aspek:

Menjadikan pembedahan lebih lancar dan lebih mudah

Melindungi anatomi anak anda

Memberikan kepastian kejayaan yang serta-merta

Penjagaan A+: sokongan selepas pembedahan

Implan yang terbaik direka untuk menyokong prosedur pembedahan yang lancar dan dibuat agar kekal dengan anak anda dalam setiap langkah dan cabaran hidup.

Implan kami tegar melindungi kesihatan pendengaran anak anda selepas pembedahan kerana implan telah direka untuk:

Menghentikan keperluan pembedahan tambahan bagi anak anda

Kekal sepanjang hayat

Membolehkan anda Hear now.
And always®

Pemproses bunyi A+: kecerdasan sistem

Pendengaran A+ adalah kritikal untuk memupuk minda anak anda. Sebab itu kami mencipta pemproses bunyi dengan teknologi paling pintar di pasaran untuk mengurangkan 'usaha berfikir' yang diperlukan untuk mendengar dengan baik dalam persekitaran yang mencabar. Pemproses kami sebenarnya menghilangkan beban otak anak anda lalu membolehkan mereka menumpukan fokus pada perkara lain, misalnya merealisasikan impian mereka.

Hanya pemproses bunyi Cochlear™ Nucleus® 6 berfungsi dengan otak untuk meningkatkan pendengaran:

Bekerja lebih keras agar anak anda boleh mendengar dengan mudah

Membantu mereka belajar daripada pengalaman mereka

Memberi anak anda keupayaan

Pemproses pintar yang memberi kanak-kanak hasil yang mereka ingini iaitu pendengaran A+.

Penjagaan klinikal A+: penjagaan lebih baik dan lebih cepat

Kami membnatu anak anda dengan membantu membantu pasukan penjagaan kesihatan anda. Kami meningkatkan masa rawatan yang mereka luangkan bersama anak anda dengan mengurangkan masa yang rakan penjaga kesihatan kami habiskan dengan teknologi kami.

  • Ketenangan fikiran semasa pembedahan
  • Kebolehan mendengar dengan serta-merta
  • Pemprograman yang diperkemas
  • Pemasangan tanpa wayar
Seorang yang berpotensi menjadi pakar bedah

Kami menyokong klinik anda agar mereka mempunyai lebih waktu untuk menyokong anak anda.

Sokongan A+: komitmen kami adalah sepanjang hayat

Anda akan merasai semangat kekeluargaan dari awal hubungan anda dengan kami. Keluarga kami besar dengan lebih 450,000 ahli. Anak anda akan mendapat manfaat daripada pengalaman yang kami timba daripada 450,000 pengalaman ini untuk mencapai pendengaran A+ dan merealisasikan impian mereka.

  • Sokongan pemulihan
  • Akses kepada pakar dalam industri
  • Sokongan penerima
  • Perkhidmatan dan pembaikan
  • Komuniti Cochlear™
Seorang yang berpotensi menjadi pemenang Hadiah Nobel

Keluarga anda adalah sebahagian daripada keluarga kami sepanjang hayat.