Skip to main content

DASAR PRIVASI GLOBAL COCHLEAR

Demi mengotakan janji kami untuk membantu orang Hear now. And always (Mendengar sekarang. Dan selamanya), Cochlear mungkin akan mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi. Ini boleh dilakukan melalui penggunaan laman web, aplikasi, produk atau perkhidmatan kami atau melalui komunikasi dengan kami. Kami ingin anda memahami jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan, cara kami menggunakan maklumat, orang yang berkongsi maklumat dengan kami, cara kami melindungi maklumat, cara anda boleh mengakses dan/atau membetulkan maklumat dan akhirnya, cara menghubungi kami jika anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan.

Dasar Privasi ini digunakan pada laman web, aplikasi, komunikasi, produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Cochlear Limited dan anak syarikatnya di seluruh dunia (“Kumpulan Cochlear”), senarai berkenaan boleh didapati di sini.

Sila ambil perhatian: Dasar Privasi ini tidak mengawal pengumpulan, penggunaan atau pendedahan Cochlear berkenaan Maklumat Kesihatan yang Dilindungi seperti yang ditakrifkan oleh U.S. Health Insurance Portability and Accountability Act (Akta Kemudahalihan dan Kebertanggungjawaban Insurans Kesihatan A.S.) (“HIPAA”). Anda boleh melihat Notis Amalan Privasi HIPAA kami.

 

 

APAKAH MAKLUMAT PERIBADI YANG DIKUMPULKAN OLEH COCHLEAR?

Maklumat peribadi yang diberikan oleh anda

Apabila anda berkomunikasi dengan Cochlear, anda akan memberikan maklumat peribadi kepada kami. Contohnya, anda akan memberikan:

  • nama dan butiran hubungan anda semasa mendaftar akaun Cochlear di laman web kami atau melalui salah satu aplikasi kami atau semasa mengunjungi kemudahan atau acara Cochlear;
  • maklumat tentang sejarah pendengaran anda dalam forum Komuniti Cochlear atau perkhidmatan lain;
  • maklumat tentang umur, kesihatan atau rawatan perubatan semasa mendaftar peranti, menggunakan atau meminta maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami; atau
  • nombor kad kredit anda semasa membeli produk atau perkhidmatan kami.

Jika anda pakar kesihatan, kami akan turut mengumpulkan maklumat tentang kepakaran perubatan dan minat anda dalam bidang klinikal serta penglibatan anda dengan produk Cochlear.

Maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui produk dan perkhidmatan yang anda gunakan

Mendayakan ciri tertentu pada aplikasi dan perkhidmatan Cochlear akan membolehkan anda berkongsi maklumat tambahan tentang cara anda menggunakan aplikasi dan/atau peranti pendengaran anda. Selain itu, apabila anda melawati laman web kami atau menggunakan aplikasi kami, komputer atau peranti mudah alih anda akan menghantar data tertentu kepada kami seperti alamat IP, versi pelayar, versi aplikasi yang anda gunakan dan ralat yang berlaku. Untuk mendapat butiran tambahan, sila baca bahagian di bawah tentang cara Cochlear menggunakan kuki.

Maklumat peribadi daripada pihak ketiga

Dari masa ke masa, kami akan memperoleh maklumat anda daripada organisasi atau individu lain. Contohnya, semasa menerima implan pendengaran, klinik anda akan mendaftarkan nombor siri implan pendengaran, nombor siri dan konfigurasi pemproses bunyi anda serta butiran hubungan untuk memastikan anda mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada kami. Kami akan turut memperoleh data daripada pembekal pihak ketiga untuk menyokong analisis pasaran dan aktiviti pemasaran kami. Data tambahan ini membantu kami menyediakan pengalaman yang lebih diperibadikan untuk anda.

 

 

BAGAIMANAKAH CARA COCHLEAR MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI?

Untuk menukar cara orang memahami dan merawat kehilangan pendengaran, menghasilkan inovasi dan mencipta pelbagai penyelesaian pendengaran boleh implan, kami menggunakan maklumat peribadi untuk menyediakan, menyelenggarakan dan meningkatkan produk serta perkhidmatan kami. Contohnya, kami menggunakan maklumat peribadi:

  • untuk menguji, menyokong dan membangunkan naik taraf serta peningkatan bagi produk dan perkhidmatan kami (contohnya, untuk membolehkan pemasangan, pengaktifan, penyelenggaraan dan pengurusan peranti) serta membangunkan produk dan perkhidmatan baru;
  • untuk menganalisis prestasi produk, perkhidmatan dan data kebolehpercayaan;
  • untuk meningkatkan kandungan, kefungsian dan kebolehgunaan laman web dan aplikasi kami;
  • untuk mengekalkan rekod pengagihan dan rekod sejarah peranti untuk produk Cochlear;
  • untuk mematuhi keperluan kawal selia, seperti mengekalkan rekod pertanyaan perubatan dan/atau aduan berkaitan dengan produk kami;
  • untuk tujuan keselamatan, kredit atau antipenipuan; atau
  • semasa menilai permohonan kerja dan sepanjang proses pengambilan kerja kami.

Kami turut menggunakan maklumat peribadi untuk menyokong aktiviti pemasaran dan promosi kami, termasuk:

  • untuk menjemput anda menyertai tinjauan dan memberikan maklum balas kepada kami;
  • untuk memaklumi anda tentang tawaran dan maklumat lain yang mungkin anda minati;
  • untuk memberi anda pengalaman yang diperibadikan semasa menggunakan laman web dan aplikasi kami; atau
  • untuk mencipta profil daripada interaksi bersama anda untuk membantu kami memahami maklumat yang anda minati.

Anda boleh menyahlanggan komunikasi promosi melalui pautan nyahlanggan yang terdapat dalam komunikasi promosi tersebut atau dengan menghubungi kami melalui salah satu kaedah yang diterangkan di akhir Dasar Privasi ini

 

 

BILAKAH DAN DENGAN SIAPAKAH KAMI BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI?

Dalam Kumpulan Cochlear

Kami akan berkongsi maklumat peribadi dalam Kumpulan Cochlear secara global. Setiap ahli Kumpulan Cochlear akan menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini sahaja.

Dengan Pembekal Perkhidmatan Kami

Kami berkongsi maklumat peribadi dengan organisasi yang membekalkan atau menjalankan perkhidmatan kepada atau bagi pihak Cochlear, contohnya, syarikat yang membekalkan perkhidmatan sokongan laman web atau membantu aktiviti pemasaran produk serta perkhidmatan kami. Dalam sesetengah keadaan, anda akan memberikan maklumat peribadi kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga ini (contohnya, semasa anda membuat pembelian melalui kedai dalam talian kami dan memasukkan maklumat kad kredit untuk pembayaran, data tersebut akan dihantar kepada pemproses bayaran pihak ketiga) dan data itu mungkin akan dikongsi atau tidak dikongsi dengan Cochlear oleh pihak ketiga tersebut. Mengikut kontrak, pembekal perkhidmatan kami perlu melindungi kerahsiaan maklumat peribadi yang dikongsi dengan mereka dan hanya menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan membekalkan perkhidmatan kepada kami.

Dengan Rakan Kongsi, Pembekal dan Penjaga Kesihatan

Kami akan turut berkongsi maklumat peribadi anda dengan pakar kesihatan (contohnya, pakar bedah, ahli audiologi anda dan sebagainya) untuk menilai kesesuaian anda dengan produk kami, untuk membantu anda menggunakan produk kami atau untuk sebab lain yang berkaitan dengan rawatan, operasi penjagaan kesihatan atau pembayaran. Contohnya:

  • apabila anda membuat pesanan dalam talian untuk produk atau perkhidmatan yang berkenaan, kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan organisasi yang membayar perkhidmatan kesihatan bagi pihak anda (contohnya, Medicare atau Medicaid di A.S. dan pihak berkuasa bagi pembayaran balik serta syarikat insurans di Eropah); dan
  • apabila menggunakan teknologi awan Cochlear untuk membolehkan fail MAP pemproses bunyi disimpan dengan selamat oleh Cochlear dan dikongsi dengan pakar kesihatan anda.

Selain itu, menurut undang-undang berkenaan, kami boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada ibu bapa, penjaga atau penjaga kesihatan (yang berkenaan).

Transaksi Perniagaan

Maklumat peribadi anda akan dipindahkan kepada syarikat yang telah membeli saham atau aset ahli Kumpulan Cochlear atau salah satu divisyen kami; contohnya, akibat penjualan, penggabungan, penyusunan semula atau pembubaran. Jika pemindahan tersebut berlaku, penggunaan maklumat peribadi anda oleh syarikat pembeli tertakluk pada Dasar Privasi ini dan keutamaan privasi yang telah anda nyatakan kepada kami.

Permintaan Undang-undang/Kerajaan dan Perlindungan Cochlear dan Pihak Lain.

Kami akan mendedahkan maklumat peribadi apabila kami, secara jujur, yakin bahawa pendedahan tersebut wajar untuk:

  • mematuhi undang-undang (atau perintah mahkamah atau sepina);
  • mematuhi permintaan sah daripada pihak awam dan pihak kerajaan yang berkuasa;
  • mencegah atau menyiasat jenayah yang berkemungkinan akan berlaku, seperti penipuan atau kecurian identiti; atau
  • melindungi hak, harta atau keselamatan Kumpulan Cochlear, pengguna kami atau orang lain.

 

 

BAGAIMANAKAH CARA COCHLEAR MENGGUNAKAN KUKI, PASANG MASUK MEDIA SOSIAL DAN TEKNOLOGI YANG SERUPA?

Kuki ialah fail kecil yang disimpan oleh pelayar Internet anda untuk membantu laman web memantau maklumat antara lawatan. Laman web kami menggunakan kuki untuk membantu kami:

  • mengetahui laman web yang anda lawati, kekerapan lawatan dan jenis peranti yang digunakan;
  • mengumpulkan dan menyimpan maklumat tentang peranti dan keutamaan pelayaran anda;
  • memperibadikan unsur laman web kami berdasarkan pelayar, peranti, negara dan bahasa anda; dan
  • mengumpulkan maklumat tentang laman web terakhir yang anda lawati dan laman lain yang dilawati untuk membantu kami mengkategorikan pelayaran anda kepada segmen pasaran untuk tujuan analisis pasaran; dan
  • memberi anda kandungan, komunikasi promosi dan pengiklanan yang lebih relevan.

Sebagai contoh, apabila anda melawati laman web kami, kuki akan membantu kami mengenal pasti perkara yang dicari, kandungan yang anda lawati dan kekerapan lawatan anda. Walaupun maklumat yang kami kumpulkan melalui kuki tidak mengenal pasti diri anda, apabila anda mendaftar di laman web kami, kami boleh mengaitkan aktiviti anda yang sebelumnya dan masa hadapan di laman web dan aplikasi dengan butiran hubungan yang anda berikan.

Sesetengah kuki yang digunakan oleh laman web kami telah kami tetapkan, manakala sesetengah lagi telah ditetapkan oleh pihak ketiga bagi pihak kami. Penggunaan kuki daripada pihak ketiga membolehkan iklan berasaskan minat yang akan memaparkan iklan daripada Cochlear di laman web lain yang anda lawati.

Kami menggunakan Google Analytics untuk mendapatkan data statistik tentang penggunaan laman web dan aplikasi kami serta Google AdSense dan Google DoubleClick untuk mengurus dan memaparkan iklan (secara bersama dinamakan “Google Services”). Google Services membolehkan penggunaan anda dihubungkaitkan dengan berbilang peranti, seperti telefon mudah alih dan komputer meja anda. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Google Analytics atau menghalang perkhidmatan ini daripada mengumpulkan maklumat berkenaan lawatan anda ke laman web kami atau log masuk ke Akaun Google anda untuk mengawal paparan iklan di semua Google Services.

Jika anda tidak mahu kuki ditetapkan, anda boleh mengkonfigurasi pelayar Internet anda untuk menolak kuki. Dengan melakukan tindakan ini, anda akan menghalang ciri tertentu laman web kami daripada berfungsi seperti yang dirancang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kuki dan teknologi yang serupa, sila lawati allaboutcookies.org.

Anda turut boleh menarik diri daripada iklan berasaskan minat melalui laman web yang dikendalikan oleh industri dengan melawati www.networkadvertising.org/choices, www.aboutads.info/choices dan www.youronlinechoices.com (untuk penduduk Eropah).

Pasang Masuk Media Sosial

Selain kuki, kami turut menetapkan pasang masuk media sosial daripada rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter agar anda dapat berkongsi maklumat daripada laman web kami dengan rakan serta kenalan anda dalam talian. Dengan setiap lawatan ke laman kami yang menggunakan pasang masuk, pelayar anda akan disambungkan pada pelayan Facebook dan/atau Twitter. Jika anda log masuk ke Facebook dan/atau Twitter semasa melawati laman web kami, perkhidmatan tersebut akan mengaitkan pelayaran anda di laman web kami dengan akaun pengguna anda.

 

 

MENYIMPAN MAKLUMAT PERIBADI

Di manakah maklumat peribadi diproses dan disimpan?

Cochlear merupakan syarikat global yang berpusat di Sydney, Australia yang turut mengendalikan kemudahan utama dan kakitangan di negara Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara lain. Maklumat peribadi anda akan dipindahkan, diproses dan disimpan di mana-mana tempat Cochlear, Kumpulan Cochlear atau pembekal perkhidmatan Cochlear beroperasi. Sekiranya maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada penduduk Kesatuan Eropah/Kawasan Ekonomi Eropah dipindahkan ke negara yang menguatkuasakan standard undang-undang perlindungan maklumat peribadi yang lebih ringan, Cochlear akan mengambil langkah untuk melindungi dan memproses maklumat tersebut menurut standard perlindungan data Kesatuan Eropah.

Berapa lamakah Cochlear akan menyimpan maklumat peribadi?

Cochlear akan menyimpan maklumat peribadi hanya dalam bentuk yang boleh dikenal pasti selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan asal maklumat tersebut dikumpulkan atau penggunaan tambahan yang telah anda setujui atau untuk memenuhi kewajipan kawal selia dan penyimpanan rekod yang sah. Selepas itu, kami akan memadamkan maklumat atau menjadikan maklumat tersebut awanama supaya tidak dapat dikaitkan dengan anda lagi.

 

 

KESELAMATAN

Bagaimanakah cara Cochlear membantu perlindungan maklumat peribadi?

Cochlear telah menguatkuasakan langkah pentadbiran, teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi daripada penyalahgunaan, kehilangan dan akses atau pendedahan tanpa izin. Langkah keselamatan kami termasuk kawalan akses yang sesuai, penyulitan (apabila diperlukan) dan penilaian keselamatan yang tetap.

 

 

MAKLUMAT KANAK-KANAK

Bagaimanakah cara Cochlear mengendalikan privasi kanak-kanak dan hak ibu bapa?

Laman web dan perkhidmatan kami dimaksudkan untuk khalayak umum, seperti pesakit, ibu bapa dan orang awam tetapi tidak dimaksudkan untuk penggunaan kanak-kanak. Ibu bapa perlu menyedari bahawa laman web kami mungkin mengandungi ciri yang membolehkan pengguna berkongsi kandungan dengan orang lain di laman web kami (seperti laman Komuniti Cochlear, jika tersedia) atau melalui media sosial. Jika kanak-kanak menggunakan ciri ini, mereka mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi, termasuk maklumat kesihatan, kepada pengguna lain atau orang awam.

Ibu bapa boleh menyemak, mengedit, meminta pemadaman atau menghalang pengumpulan lanjut atau penggunaan maklumat peribadi anak mereka. Ibu bapa turut boleh membenarkan pengumpulan dan penggunaan maklumat anak mereka tetapi tidak membenarkan pendedahan maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang tertentu. Ibu bapa boleh meminta tindakan sedemikian atau membuat pertanyaan berkenaan amalan privasi kami dengan menghubungi kami melalui salah satu kaedah di bawah.

 

 

MENGAKSES DAN MENGUBAH MAKLUMAT

Bagaimanakah cara anda mengakses, membetulkan atau memadamkan maklumat peribadi?

Kami menghormati hak anda untuk memilih cara kami mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi anda. Apabila kami mengumpulkan maklumat peribadi anda, kami akan memastikan bahawa maklumat tersebut tepat, lengkap dan terkini. Akan tetapi, kami memaklumi bahawa maklumat peribadi dan keutamaan privasi anda boleh berubah dari masa ke masa.

Sila hubungi kami melalui salah satu kaedah yang disenaraikan di bawah untuk mengakses, membetulkan, meminda atau memadamkan maklumat peribadi anda yang dikawal oleh Cochlear. Untuk membantu anda melindungi privasi dan keselamatan anda, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memberikan akses kepada butiran anda dan sebelum membetulkan, meminda atau memadamkan rekod kami.

 

 

HUBUNGI KAMI

Bagaimanakah cara anda membuat pertanyaan atau mengemukakan kebimbangan tentang dasar ini atau tentang cara Cochlear mengendalikan maklumat peribadi anda?

Sekiranya anda ingin mengakses maklumat anda, mengubah butiran hubungan anda atau bertanya soalan atau mengemukakan kebimbangan tentang Dasar Privasi ini atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hantar e-mel ke privacy@cochlear.com atau hubungi pejabat Cochlear yang berdekatan:

COCHLEAR LIMITED
Attn: Privacy Officer
1 University Avenue
Macquarie University
NSW 2019
Australia
 
COCHLEAR AMERICAS
Attn: Privacy Officer
13059 East Peakview Avenue
Centennial, CO 80111
United States of America
 
COCHLEAR EUROPE LIMITED
Attn: Privacy Officer
6 Dashwood Lang Road
Bourne Business Park
Addlestone
Surrey KT15 2HJ
United Kingdom
 

Kami akan menjawab soalan atau kebimbangan anda tetapi anda juga berhak untuk menghubungi pengawal selia perlindungan privasi atau data di negara anda.

 

APAKAH YANG AKAN BERLAKU APABILA DASAR INI BERUBAH?

Kami mungkin perlu mengemas kini dasar ini dari masa ke masa atas pelbagai sebab, termasuk perubahan undang-undang, peraturan dan amalan perniagaan kami. Apabila kami membuat perubahan, kami akan menyiarkan dasar privasi yang dikemas kini itu 30 hari sebelum dikuatkuasakan untuk memaklumi anda tentang kemas kini tersebut.

 

TERIMA KASIH

Kami menghargai masa yang anda luangkan untuk membaca dasar ini. Kami memaklumi bahawa anda meletakkan kepercayaan kepada Cochlear apabila anda berkongsi maklumat peribadi dengan kami dan kami akan menggunakan maklumat tersebut dengan sewajarnya supaya kami dapat terus membantu orang Hear now. And Always (Mendengar sekarang. Dan selamanya).

 

Terakhir dikemas kini pada September 2017. Terjemahan D1225956 dalam D1212310.